Mari Berhibur

Nota Ringkas


KATA GANDA
  • Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
  • Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
    • Kata ganda seluruh
      • Kata ganda separa
      • Kata ganda berentak/berima
      • Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH
  • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
Buku-buku
Pusing-pusing
Cantik-cantik
Murid-murid
Geleng-geleng
Panjang-panjang
Meja-meja
Gelak-gelak
Merah-merah

  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN
MAKNA JAMAK
MAKNA TUNGGAL
Api-api
Banyaknya api
Sejenis serangga
Kuda-kuda
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Anak-anak
Banyaknya anak
mainan

KATA GANDA SEPARA
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR
KATA GANDA
KATA GANDA SEPARA
Layang
Layang-layang
Lelayang
Kuda
Kuda-kuda
Kekuda
Tupai
Tupai-tupai
Tetupai
Siku
Siku-siku
Sesiku
Bola
Bola-bola
Bebola
Jari
Jari-jari
Jejari
Langit
Langit-langit
Lelangit

  • Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
  • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
  • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA
CONTOH
CONTOH AYAT
Persamaan bunyi di hujung
Kuih-muih, lauk-pauk
Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal
Batu-batan, bukit-bukau
Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
Persesuaian bunyi keseluruhan
Kusut-masai, simpang-siur
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN
  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

18 ulasan:

  1. Blog ini dapat menambah perkongsian ilmu dan boleh digunakan sebagai rujukan tambahan. Tahniah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum WBT.
    Syabas dan tahniah kerana dapat menyediakan blog tentang Kata Ganda yang tentunya amat berguna dalam menimba ilmu terutamanya dalam bidang linguistik.

    BalasPadam
  3. Blog yang dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk warga guru dan para pelajar. Tahniah atas perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami

    BalasPadam
  5. Terima kasihatas info ini.. Sangat berguna untuk assignment saya..

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

    BalasPadam
  7. Terima kasih keatas blog ni.
    Saya dpt menyiapkan kerja saya dengan mudah.

    BalasPadam
  8. Terima kasih keatas blog ni.
    Saya dpt menyiapkan kerja saya dengan mudah.

    BalasPadam
  9. Boleh tolong terangkan perbezaan kata ganda separa berimbuhan dan kata ganda penuh berimbuhan..
    Terima kasih

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana byk membantu anak saya dlm menyiapkan latihan sekolah

    BalasPadam
  11. Terima Kasih, izin perkongsian ilmunya dengan pelajar saya.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam